10/04/2008

kail..oh..kail...

Sempena bulan syawal lagi mulia nie...aku telah membuat keputusan untuk turut same terlibat didalam dunia penulisan era baru...era siber..walaupun kail panjang sejengkal akan aku gunakan juga untuk menduga lautan luas kerna dari sejengkal itu la aku akan belajar selok-belok di dalam dunia penulisan siber ini. Bagaimana kita hendak maju jika hanya membuat benda atau perkara yang kita tahu saja.Kepada rakan pena siber ku yang banyak memberi tunjuk ajar..terima kasih diucapkan kepada kalian.

Didalam blog ini,aku merancang tidak menghadkan hanya topik tertentu sahaja..apa yang terlintas, terdengar, terlihat akan aku kongsi, bincang dan renungkan bersama kalian.. kalian juga dijemput melalui karpet merah yang aku bentang luas untuk kalian menghantar komen,cadangan malah kritikan membina di blog ini.

Akhir kata,sebagai pendatang baru..diharap kalian dapat memberi tunjuk ajar kepada aku dan sama-samalah kita meneruskan perjuangan yang belum selesai disini

No comments: