10/04/2008

Senduk...

Senduk adalah alat yang digunakan untuk menyenduk sesuatu khususnya benda yang berkuah. Senduk juga dikenali sebagai sodek,sudip, cikok, pengaut dan pencedok. Senduk terbahagi kepada dua jenis iaitu digunakan untuk mengacau nasi yang sedang ditanak atau untuk menggoreng ikan.

Senduk biasanya diperbuat daripada kayu atau buluh dan berbentuk bujur seperti sudu, tetapi besar sedikit. Kayu yang dipilih, ditakik dan dibentuk sehingga menjadi bentuk yang diinginkan. Biasanya, kapak digunakan sebagai alat penakik dan pisau peraut untuk menipiskan bagi membentuk senduk . Kayu yang lazim digunakan ialah kayu nibung.

Dengan kemajuan teknologi, pembuatan senduk juga telah melalui pelbagai inovasi. Senduk kini telah dikomersialkan. Ianya dihasilkan di kilang, bukan sahaja berasaskan kayu, malahan dihasilkan dari campuran bahan sintetik dan plastik. Kini, sudip bukan saja mudah didapati di pasaran, malahan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan corak, sesuai dengan peredaran zaman.


No comments: